Britain, Finland henti biaya UNRWA susuli dakwaan Israel
Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga Palestin di luar pejabat UNRWA (Gambar: Reuters)
LONDON: Britain dan Finland menyertai negara-negara lain dalam menghentikan pembiayaan dana kepada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin (UNRWA).
Berikutan tindakan Amerika Syarikat, Itali, Australia dan Kanada, Britain dan Finland juga memutuskan untuk menghentikan pembiayaan dana kepada agensi PBB itu berhubung dakwaan beberapa pekerjanya terlibat dalam konflik Israel-Hamas.
Selepas dakwaan Israel, UNRWA pada Jumaat (26 Jan) menyatakan agensi itu sudah menamatkan kontrak beberapa kakitangannya berhubung dakwaan mereka terlibat dalam konflik berkenaan, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik Pejabat Luar dan Komanwel (FCO), media tempatan pada Sabtu (27 Jan) melaporkan bahawa Britain menghentikan sementara sebarang pembiayaan masa depan kepada UNRWA sambil mengkaji semula dakwaan berkenaan.
Sambil menyatakan bahawa ia "terkejut" dengan dakwaan itu, FCO menyatakan: "Kami tetap komited untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza yang sangat memerlukannya."
Sementara itu, Menteri Perdagangan Luar dan Pembangunan Finland Ville Tavio pada Sabtu berkata kes berkenaan mesti disiasat secara menyeluruh.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Carikan Gaza sejak 7 Okt lalu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 26,257 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala 64,797 lagi cedera.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.