Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain, EU capai kata sepakat berhubung perubahan pada perjanjian Brexit

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat berhubung "perubahan yang mengikat secara sah dari segi undang-undang" dalam perjanjian keluar EU dan deklarasi politik, lapor agensi berita Turki Anadolu, yang memetik kenyataan Perdana Menteri Britain Theresa May pada Isnin (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Britain, EU capai kata sepakat berhubung perubahan pada perjanjian Brexit

Perdana Menteri Britain Theresa May. (Gambar: Hannah McKay/Reuters)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 02:06PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 02:08PM

LONDON: Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat berhubung "perubahan yang mengikat secara sah dari segi undang-undang" dalam perjanjian keluar EU dan deklarasi politik, lapor agensi berita Turki Anadolu, yang memetik kenyataan Perdana Menteri Britain Theresa May pada Isnin (11 Mac).

"Terdapat kebimbangan yang jelas dalam parlimen (Britain) berhubung satu isu, khususnya penghadang di sempadan Ireland Utara,” kata Cik May dalam sidang media bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker di bandar Strasbourg, Perancis.

"Memiliki polisi insurans bagi menjamin bahawa tidak akan wujud sempadan keras di Ireland Utara adalah sesuatu yang tepat kerana ia memenuhi komitmen serius Britain dalam Perjanjian Belfast 1998, " katanya.

“Bagaimanapun jika kita perlu menggunakan polisi insurans ini, ia tidak boleh menjadi perkiraan kekal dan bukanlah acuan untuk hubungan masa depan kita," tambah beliau.

Mengulas perjanjian Brexitnya, yang menyebabkan beliau terpaksa berdepan kekalahan bersejarah di Parlimen pada Januari dan memerlukan perubahan yang mengikat secara sah di sisi undang-undang, Cik May berkata "hari ini, kami sudah mencapai kata sepakat."

Kenyataan Cik May itu dibuat sebelum "pengundian bermakna" kedua berlangsung hari ini (12 Mac) di Dewan Rakyat.

"Sekarang adalah masanya untuk kita bersatu serta menyokong perjanjian Brexit yang telah ditambah baik ini, dan menabur bakti atas arahan rakyat Britain," katanya kepada anggota Dewan Rakyat.

Sementara itu, Encik Juncker percaya "masanya sudah tiba untuk menyelesaikan proses keluar EU selaras hasrat yang dizahirkan oleh kerajaan Britain dan bergerak secepat mungkin untuk mengadakan rundingan kerjasama masa depan kita."

Beliau menegaskan bahawa Britain mempunyai peluang kedua untuk meminta perubahan pada perjanjian itu, namun tidak mungkin wujud kali ketiga.

Beliau menggesa agar perjanjian itu disahkan oleh parlimen Britain.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan