Britain, dunia ucap selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II
Tempoh rasmi jenazah mendiang ditempatkan di bangunan di dewan Westminster, iaitu empat hari, berakhir pada pukul 6.30 pagi (1.30 tengah hari waktu Singapura).
BACA:
Sejurus sebelum pukul 11.00 pagi, keranda mendiang yang dilitupi bendera 'Royal Standard' Scotland akan ditempatkan di atas pedati meriam dan ditarik oleh Anggota Tentera Laut ke Westminster Abbey bagi upacara persemadian.
Dalam kalangan 2,000 tetamu yang berhimpun, 500 daripadanya adalah para pemimpin dunia, termasuk Encik Biden, Maharaja Naruhito dari Jepun, Naib Presiden China Wang Qishan, Presiden Singapura Puan Halimah Yacob dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.
Cicit Ratu Elizabeth II, Putera George, 9 tahun dan Puteri Charlotte, 7 tahun, dua anak sulung kepada Putera Williamm yang kini pewaris takhta, juga akan hadir di upacara persemadian itu.
"Dalam masa sepuluh hari yang lalu, saya dan isteri saya sangat tersentuh dengan ucapan-ucapan takziah serta sokongan yang diterima daripada negara ini dan di seluruh dunia," kata Raja Charles, anak lelaki mendiang Ratu yang juga Raja baru, menerusi satu kenyataan media.
"Sedang kami semua bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir, saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudah memberikan sokongan dan bersimpati kepada keluarga serta diri saya pada masa-masa yang sukar ini."
BACA:
Ketua Pengangkutan berkata satu juta orang dijangka berada di tengah London bagi upacara tersebut manakala pihak polis menyatakan bahawa ia adalah operasi keselamatan terbesar pernah dijalankan di ibu negara itu.
Raja Charles III, adik-beradik dan anak-anaknya Putera William dan Harry serta aanggota keluarga Windsor yang lain akan berjalan secara perlahan di belakang keranda yang dibawa oleh pedati meriam ke Westminster Abbey. Ia diiringi hampir 200 peniup begol dan dram.
BERTAFAKUR SELAMA DUA MINIT
Puluhan juta orang di Britain dan di luar negara dijangka menyaksikan upacara persemadian mendiang, sesuatu yang tidak pernah disiarkan di televisyen sebelum ini.
Gereja dan negara akan bertafakur selama dua minit.
Selepas itu, keranda akan dibawa melalui London, kediaman mendiang Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham dan Wellington Arch di Hyde Park Corner diiringi Raja dan kerabat diraja yang berjalan kaki semasa perarakan sejauh 2.4 kilometer (km).
Pada sebelah petang, dalam satu upacara persemadian privet untuk keluarga, keranda Ratu Elizabeth II dan suaminya selama lebih tujuh dekad, Putera Philip yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun, akan disemadikan bersebelahan satu sama lain di Gereja Memorial King George VI. Ia juga tempat yang sama, di mana ibu bapa dan adik mendiang, Puteri Margaret juga disemadikan.
Anda boleh ikuti Upacara Persemadian Negara bagi Ratu Elizabeth II yang bersiaran secara langsung di meWATCH. Berikut butirannya:
Tarikh & waktu Singapura
Tarikh: Isnin, 19 September 2022
Waktu: 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.