Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain, AS dan Kanada dakwa Rusia cuba curi data vaksin COVID-19

Para penggodam yang disokong oleh Rusia cuba mencuri kajian vaksin dan rawatan COVID-19 daripada institusi akademik dan farmaseutikal seluruh dunia, menurut Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) Britain pada Khamis (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Britain, AS dan Kanada dakwa Rusia cuba curi data vaksin COVID-19

Seorang wanita menyediakan vaksin campak. (Gambar fail: Schneyder Mendoza/AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 09:35AM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 09:38AM

LONDON: Para penggodam yang disokong oleh Rusia cuba mencuri kajian vaksin dan rawatan COVID-19 daripada institusi akademik dan farmaseutikal seluruh dunia, menurut Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) Britain pada Khamis (16 Jul).

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Britain, Amerika Syarikat dan Kanada mengaitkan serangan itu dengan kumpulan APT29, yang juga dikenali sebagai 'Cozy Bear'. Menurut ketiga-tiga negara itu, pasukan tersebut dipercayai menjalankan operasi sebagai sebahagian daripada khidmat risikan Rusia.

"Kami mengutuk serangan jahat ini terhadap mereka yang sedang menjalankan tugas penting dalam memerangi pandemik virus korona," kata Pengarah Operasi NCSC Paul Chichester.

Agensi berita Rusia, RIA menukil jurucakap Dmitry Peskov sebagai berkata bahawa negara itu menolak keras dakwaan London yang menurutnya, tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

Dalam satu pengumuman yang berasingan, Britain juga menuduh "pelaku Rusia" cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya negara itu pada 2019 dengan menyebarkan dokumen yang dibocorkan secara online. Namun, Kementerian Ehwal Luar Rusia menyatakan bahawa dakwaan itu "tidak benar dan bercanggah."

Pada minggu depan, Britain dijangka akan menerbitkan sebuah laporan yang sudah lama tertangguh mengenai pengaruh Rusia dalam politik Britain.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan