Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain cadang peraturan baru tangani kandungan berbahaya media sosial

Britain mencadangkan undang-undang keselamatan online baru hari ini (8 Apr) yang akan mengenakan hukuman ke atas syarikat media sosial dan firma teknologi jika gagal melindungi pengguna daripada kandungan berbahaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain cadang peraturan baru tangani kandungan berbahaya media sosial

(Gambar hiasan: Chandan Khanna/AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 01:00PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 01:04PM

LONDON: Britain mencadangkan undang-undang keselamatan online baru hari ini (8 Apr) yang akan mengenakan hukuman ke atas syarikat media sosial dan firma teknologi jika gagal melindungi pengguna daripada kandungan berbahaya.

Akses mudah kepada bahan merosakkan terutama dalam kalangan belia menyebabkan kebimbangan meningkat di seluruh dunia dan semakin mendapat perhatian di Britain selepas kematian pelajar perempuan, Molly Russell, 14 tahun.

Ibu bapa pelajar itu berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menonton bahan di internet mengenai kemurungan dan bunuh diri.

Pemerintah di seluruh dunia bergelut dengan cara terbaik mengawal kandungan di media sosial, yang sering dipersalahkan sebagai punca penderaan, penularan pornografi, dan mempengaruhi atau memanipulasi pengundi.

Kebimbangan global memuncak baru-baru dengan penstriman langsung pembunuhan beramai-ramai di masjid di New Zealand dalam Facebook.

Susulan itu, Australia menegaskan akan mendenda media sosial dan syarikat laman web serta memenjarakan eksekutif jika kandungan ganas itu tidak dibuang segera.

Dalam dokumen dasar yang disiarkan dalam media Britain, kerajaan itu menyatakan ia akan melihat kemungkinan mendenda, menyekat akses kepada laman web, dan mengenakan liabiliti ke atas pengurusan kanan syarikat teknologi kerana gagal mengehadkan pengedaran kandungan berbahaya.

Ia juga akan menubuhkan sebuah badan kawal selia untuk mengawasi peraturan itu.

Perdana Menteri Theresa May berkata meskipun Internet wadah baik untuk menghubungkan orang ramai, ia tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pengguna, terutama kanak-kanak dan orang muda.

"Kami sudah mendengar ibu bapa dan pejuang perlindungan pengguna online, dan meletakkan kewajipan perundangan pada syarikat internet untuk menjaga keselamatan rakyat, " kata Cik May dalam satu kenyataan. 

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan