Britain berhasrat pindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis
Anggaran Waktu Membaca:

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. (Gambar: Menahem Kahana/AFP)
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin (3 Okt) bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "melanggar undang-undang antarabangsa," lapor Xinhua.
Memindahkan kedutaan British ke Baitulmaqdis "akan menjejaskan hubungan dua hala dengan Palestin dan negara Arab serta Islam, serta mengeluarkan Britain daripada sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian bagi menamatkan konflik di Palestin," kata Encik Ishtaye semasa mesyuarat mingguan kabinet.
"Palestin menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri baru Britain, Liz Truss dan janjinya untuk menyemak kembali lokasi kedutaan Britain bagi tujuan memindahkannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Sebarang perubahan dalam status quo di Baitulmaqdis akan menjejaskan penyelesaian dua negara," tambah Encik Ishtaye, seperti laporan Xinhua yang dipetik Astro Awani.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka bersama Israel di wilayah yang diduduki Israel sejak 1967, termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, manakala Israel berkeras agar seluruh Baitulmaqdis dijadikan ibu negaranya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.