Britain berdepan iklim lebih panas susuli cuaca ekstrem, kemarau
Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan sekitar monumen purba Stonehenge di Wiltshire, England, kelihatan kering pada 13 Ogos 2026. (Gambar: AP/Kin Cheung)
- Britain mengalami musim panas paling panas dan kemarau teruk, menjejaskan bekalan air, ekonomi, serta sektor pertanian dan tenaga kerja.
- Pemerintah dan syarikat air mengenakan sekatan penggunaan air kepada lebih 27 juta penduduk dan petani, serta larangan penggunaan hos di rumah.
- Kebakaran hutan meningkat, memusnahkan rumah dan memaksa pemindahan, dengan pihak bomba menghadapi banyak kejadian serentak di England dan Wales.
- Pemerintah Andy Burnham mempercepat usaha penyesuaian seperti membina kolam air baharu, membantu institusi awam, dan mengekalkan sasaran sifar bersih pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.
LONDON: Cuaca panas ekstrem dan kemarau yang berlarutan selama berbulan-bulan mendedahkan kerentanan Britain terhadap iklim yang semakin panas, sekali gus memberi tekanan kepada bekalan air, tenaga kerja dan khidmat kecemasan.
Musim panas tahun ini dijangka menjadi yang paling panas dalam rekod Britain, menurut pejabat kaji cuaca, sedang beberapa kawasan mencatat paras hujan terendah dalam rekod.
Pakar berkata keadaan itu memberi gambaran mengenai perubahan iklim yang semakin perlu dihadapi Britain, dengan usaha menyesuaikan diri dijangka melibatkan kos yang besar.
Gelombang haba pada Jun sahaja menyebabkan ekonomi Britain kerugian lebih AS$1.5 bilion (S$1.9 bilion) akibat kehilangan waktu bekerja, menurut anggaran London School of Economics (LSE).
Pengarah Dasar dan Komunikasi Institut Penyelidikan Grantham mengenai Perubahan Iklim dan Alam Sekitar LSE, Bob Ward, berkata haba ekstrem turut menjejas sektor pertanian dan daya penghasilan pekerja.
"Kita sudah dapat melihat kemusnahan yang berlaku apabila tanaman dan hasil tuaian terjejas," katanya.
Menurut Encik Ward, ekonomi turut mengalami kerugian berbilion-bilion paun akibat daya penghasilan yang merosot kerana orang ramai tidak dapat bekerja dengan baik dalam cuaca panas.
Beliau memberi amaran bahawa kos untuk menangani iklim yang lebih panas akan menjadi "amat besar".
TEKANAN TERHADAP BEKALAN AIR
Cuaca panas terik turut diburukkan oleh keadaan luar biasa kering.
Sekitar 71.3 peratus England mengalami kemarau setakat 10 Ogos, menurut pemerintah Britain, selepas negara itu mengalami bulan Julai paling kering dalam rekod.
Pihak berkuasa mengenakan sekatan pengairan terhadap petani, manakala lebih 27 juta penduduk dikenakan sekatan penggunaan air.
Beberapa syarikat air turut mengenakan larangan sementara penggunaan hos bagi isi rumah.
Larangan itu menghalang isi rumah yang terjejas daripada menggunakan hos bagi kegiatan tidak penting seperti mencuci kereta, menyiram taman dan mengisi kolam renang.
MUSIM KEBAKARAN HUTAN CATAT REKOD
Keadaan kering berpanjangan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan.
Pengerusi Majlis Ketua Bomba Kebangsaan (NFCC) Phil Garrigan berkata jumlah kebakaran hutan tahun ini sudah melebihi 1,017 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Kebakaran memusnahkan rumah dan memaksa penduduk berpindah, sedang anggota bomba berdepan beberapa kejadian serentak di England dan Wales.
Encik Garrigan berkata musim kebakaran hutan mungkin berlanjutan sehingga November.
Pemerintah turut menggunakan sistem amaran kecemasan nasional yang jarang digunakan bagi mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan kegiatan yang boleh mencetuskan kebakaran.
USAHA PEMERINTAH SESUAIKAN DIRI
Sedang kejadian cuaca ekstrem semakin meningkat, pemerintah Perdana Menteri Andy Burnham berdepan tekanan supaya mempercepat usaha mempersiapkan Britain menghadapi iklim lebih panas.
Encik Burnham berkata pemerintahnya akan membina sembilan kolam air baharu dan membantu hospital, sekolah serta rumah menyesuaikan diri dengan haba ekstrem.
Beliau turut menegaskan Britain akan mengekalkan sasaran mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.
Encik Ward berkata penyesuaian terhadap gelombang haba yang lebih kerap mungkin memerlukan perubahan pada bangunan di Britain, yang secara tradisi direka untuk mengekalkan haba.
Antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah menambah teduhan pada tingkap serta mengecat siling dan bumbung dengan warna putih.
Penggunaan sistem hawa dingin juga mungkin perlu dipertimbangkan, namun kosnya boleh menjadi satu keprihatinan.
"Kita perlu mengadakan perbincangan yang munasabah dan membiasakan diri dengan hakikat bahawa Britain bukan lagi sekadar sebuah tempat yang sejuk dan suram pada musim sejuk, tetapi juga sangat panas pada musim panas," kata Encik Ward.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.