BRICS tawar peluang pasaran baharu kepada perniagaan Malaysia: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim di sidang BRICS. (Gambar: AFP)
RIO DE JANEIRO: Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam membuat gesaan ini, beliau berkata syarikat-syarikat itu tidak boleh hanya bergantung kepada pasaran tradisional semata-mata, sebaliknya perlu meneroka ke pasaran baharu.
Menurut Encik Anwar, platform seperti BRICS menawarkan peluang yang amat besar, dan memuji syarikat Malaysia seperti Petronas dan Yinson Production atas kejayaan usaha niaga mereka di Brazil.
Perdana Menteri berada di sini atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Puncak Pemimpin BRICS ke-17 yang berlangsung dari 6 hingga 7 Julai.
Malah, Encik Anwar berkata Presiden Brazil sendiri terkejut melihat syarikat Malaysia menjalankan perniagaan di negaranya.
"Saya menyebut tentang Yinson dan Petronas kepada beliau, dan peranan mereka di Brazil. Beliau terkejut dan menanyakan lebih lanjut tentang hal itu," kata Encik Anwar pada majlis makan malam yang dihoskan oleh Yinson Production.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Pengerusi Eksekutif Yinson Holdings Bhd Lim Han Weng.
Yinson, pemilik dan pengendali kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO), mempunyai tiga projek di Brazil sejak 2023, iaitu FPSO Anna Nery, FPSO Maria Quiteria dan FPSO Atlanta.
Petronas pula terlibat dalam aktiviti pengeluaran minyak di Brazil dan pada tahun lalu, turut membuka stesen minyaknya di negara ini.
Encik Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun Amerika Syarikat dan China terus menjadi pasaran dan sumber pelaburan terbesar bagi Malaysia, terdapat peluang lain melangkaui dari pasaran tersebut.
Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Tengku Zafrul untuk membantu memudahkan syarikat Malaysia menjalankan perniagaan di Brazil.
Menurut beliau, Brazil bukan sahaja menunjukkan kekuatannya sebagai suara dunia ketiga, tetapi juga telah menjadi kuasa ekonomi yang penting.
Mengenai pertemuannya dengan Lula da Silva pagi ini, Encik Anwar berkata mereka membincangkan pelbagai isu yang penting kepada kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Presiden Brazil telah menerima pelawaan beliau untuk melawat Malaysia semasa Sidang Puncak ASEAN pada Oktober depan.
"Beliau mahu membawa menteri utama dan kumpulan perniagaan ke Malaysia. Akan ada persidangan khas yang mana kami berdua akan bersama-sama berucap pada acara itu," kata beliau.
Penyertaan Malaysia dalam sidang puncak itu adalah atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS dan selaku Pengerusi ASEAN 2025. Malaysia secara rasmi menjadi Negara Rakan BRICS pada 1 Jan tahun ini.

Sumber : AFP/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.