Skip to main content

Dunia

BRICS suarakan 'keprihatinan mendalam' terhadap tarif Trump

Anggaran Waktu Membaca:
BRICS suarakan 'keprihatinan mendalam' terhadap tarif Trump

Forum Perniagaan BRICS diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada 5 Julai, 2025. (Gambar: Daniel RAMALHO / AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2025 01:21PM Dikemas Kini : 06 Jul 2025 01:32PM
RIO DE JANEIRO: Para pemimpin BRICS yang bermesyuarat di Rio de Janeiro pada Ahad (6 Jul) dijangka akan mengecam tarif import Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sambil menegaskan bahawa ia tidak sah dan berisiko menggugat ekonomi global.

Negara-negara membangun, yang mewakili hampir separuh penduduk dunia dan 40 peratus daripada pengeluaran ekonomi global, bersatu menyuarakan "kebimbangan serius" terhadap tarif import Amerika, menurut draf kenyataan sidang puncak yang diperoleh AFP pada Sabtu (5 Jul).

Sejak menyandang semula jawatan presiden pada Januari lalu, Encik Trump telah mengancam sekutu-sekutu dan para seterunya dengan pelbagai cukai dan tarif.

Pengumuman terbaharu beliau dalam bentuk surat akan memaklumkan rakan-rakan dagang Amerika tentang kadar tarif baharu yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi.

Draf perisytiharan sidang puncak itu tidak menyebut nama Amerika Syarikat atau presidennya, dan masih boleh dipinda oleh para pemimpin yang berhimpun untuk mengadakan rundingan pada Ahad dan Isnin (7 Jul).

Tetapi ia adalah tamparan politik yang jelas ditujukan kepada Washington daripada 11 negara sedang pesat membangun, termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

"Kami menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenaikan tarif sepihak ini dan langkah-langkah bukan tarif yang menjejas perdagangan dan tidak konsisten dengan peraturan WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia)," menurut draf itu.

Ia turut memberi amaran bahawa langkah sedemikian "mengancam akan mengurangkan lagi perdagangan global" dan "menjejaskan prospek pembangunan ekonomi global."
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita