Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brexit kini berkuat kuasa sepenuhnya bagi Britain dan Kesatuan Eropah

Pada hari pertama tahun 2021, Britain juga mencipta era baru. Brexit kini menjadi kenyataan sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Brexit kini berkuat kuasa sepenuhnya bagi Britain dan Kesatuan Eropah

(Gambar: REUTERS/Henry Nicholls)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 06:16PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 06:20PM

LONDON: Pada hari pertama tahun 2021, Britain juga mencipta era baru. Brexit kini menjadi kenyataan sepenuhnya.

Dalam perkataan lain, Britain berpisah sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas menjadi anggota selama 48 tahun.

Selepas rundingan sukar selama sembilan bulan, Britain dan EU berjaya mencapai perjanjian perdagangan Brexit pada minggu lalu.

Perjanjian itu membolehkan barangan Britain dan EU masuk ke negara satu sama lain tanpa dikenakan cukai atau kuota.

Namun ada beberapa hal dalam perjanjian itu yang belum begitu jelas terutamanya mengenai urus niaga perkhidmatan dan kewangan.

Keadaan tidak pasti juga masih menyelubungi peraturan baru kastam.

Selepas Brexit, rakyat Britain dan 27 negara anggota EU tidak lagi boleh masuk dengan bebas ke negara satu sama lain.

Britain dan Sepanyol juga sudah mencapai kata sepakat yang sekali gus bermakna sempadan atara Gibraltar dengan Sepanyol akan kekal dibuka.

Ketua Menteri Gibraltar, Encik Fabian Picardo berkata bahawa perjanjian itu masih perlu dirasmikan.

Menurutnya, dengan memansuhkan kawalan antara Gibraltar dengan Schengen yang merupakan kawasan bebas pasport Eropah, ia akan mencegah barisan beratur di sempadan "yang menyusahkan orang ramai dan menyebabkan urusan perniagaan menjadi sukar". 

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan