Skip to main content

Dunia

Brazil siasat kes selesema burung pada manusia

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil siasat kes selesema burung pada manusia

(Gambar: AFP/Orlando Kissner)

Diterbitkan : 19 May 2023 08:34AM
SAO PAULO: Brazil sedang menyiasat satu kes yang disyaki sebagai Influenza A burung (H5N1) pada seorang yang menetap di wilayah tenggara Brazil, Espirito Santo.

Wilayah itu mengesahkan kes-kes selesema burung yang dikesan pada burung liar, menurut Kementerian Kesihatan Brazil.
Seorang lelaki 61 tahun, yang bertugas di sebuah taman di mana tiga burung liar disahkan positif bagi Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI), sedang dipantau dan diasingkan selepas beliau menunjukkan gejala selesema ringan.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Brazil.

Sebuah makmal rujukan di Espirito Santo sedang menganalisis sampel daripada lelaki tersebut dan 32 individu lain yang bertugas di taman itu.

Kementerian itu menambah bahawa tiada kes influenza A pernah dilaporkan di negara itu.

Walaupun manusia boleh dijangkiti H5N1, kes-kes sedemikian jarang berlaku, dan para pegawai kesihatan global sudah berkata bahawa risikonya adalah rendah.

Brazil, pengeksport ayam terbesar dunia, sedang mengamalkan sikap berjaga-jaga selepas ia mengesan sejenis virus influenza, H5N1, pada burung-burung liar.

Penularan jenis virus patojen tinggi itu pada ayam ternakan di Brazil akan menjejas eksport ayam sebanyak AS$10 bilion (S$13.5 bilion) disebabkan kemungkinan larangan perdagangan dikenakan oleh negara-negara pengimport.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita