Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman pengganasan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: EVARISTO SA / AFP)
MEXICO CITY: Polis Persekutuan Brazil pada Khamis (14 Nov) mendedahkan bahawa dua letupan di luar bangunan pemerintah di Brazil disiasat sebagai sebahagian daripada rancangan pengganasan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa seorang lelaki bertindak meletupkan dua bom dalam percubaan serangan yang gagal.
Lelaki itu, Francisco Wanderley Luiz, seorang ahli parti Partido Liberal (PL) berhaluan kanan pimpinan mantan Presiden Jair Bolsonaro memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
Fius dalam kereta terbakar, menyebabkan letupan awal tetapi gagal memicu bom yang lebih besar.
Dia kemudian keluar dari kenderaan dengan membawa bahan letupan dan peledak, lalu berlari ke arah pintu masuk mahkamah dalam percubaan untuk memecah masuk bangunan.
Beberapa saat kemudian, satu lagi letupan berlaku, menyebabkan kematiannya.
Pihak berkuasa mendapati bahawa Luiz tidak bertindak bersendirian dan mungkin dibantu oleh kumpulan pelampau.
“Kami difahamkan bahawa kejadian semalam bukanlah peristiwa terpencil tetapi berkaitan dengan beberapa tindakan lain,” kata Pengarah Polis Persekutuan, Andrei Passos Rodrigues pada sidang media.
Encik Rodrigues juga mengarahkan siasatan dan kes dirujuk kepada Mahkamah Agung, memandangkan dakwaan perbuatan mencabuli kedaulatan undang-undang demokratik dan dikategorikan sebagai pengganasan.
Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes mengutuk serangan itu, menyalahkan polarisasi politik yang semakin mencengkam negara sejak beberapa tahun lalu dan menuding jari kepada Encik Bolsonaro.
Beliau berkata bahawa retorik kebencian ini terus berkembang, merosakkan kepercayaan terhadap institusi negara dan semakin memuncak dalam serangan seperti yang berlaku pada 8 Januari.
Sementara itu, Encik Bolsonaro dalam satu kenyataan di media sosial pada Khamis, mengecam serangan berkenaan sambil menyifatkannya sebagai “peristiwa menyedihkan” dan menyeru kepada dialog demi mempertahankan demokrasi dan kebebasan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.