Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brazil, Sepanyol lapor kematian pertama cacar monyet di luar Afrika

WHO setakat ini melaporkan hanya lima kematian cacar monyet yang disahkan, semuanya di Afrika.

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil, Sepanyol lapor kematian pertama cacar monyet di luar Afrika

(Gambar: RKI Robert Koch Institute/AFP/File/Andrea MAENNEL, Andrea SCHNARTENDORFF)

Diterbitkan : 30 Jul 2022 07:30AM Dikemas Kini : 30 Jul 2022 07:30AM
SAO PAULO: Brazil pada Jumaat (29 Jul) melaporkan kematian pertama berkaitan cacar monyet di luar benua Afrika, sejurus sebelum Sepanyol mengesahkan kematian pertama di Eropah yang diketahui dalam penularan penyakit itu pada hari yang hari.

Mangsa di Brazil ialah seorang lelaki berusia 41 tahun yang, menurut kementerian kesihatan, juga mengalami limfoma dan sistem imuniti yang lemah.

Kementerian itu menambah pesakit dimasukkan ke hospital di tenggara bandar Belo Horizonte dan meninggal dunia selepas dibawa ke unit rawatan rapi.

Kematian cacar monyet pertama di benua Amerika itu dilaporkan kurang seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan yang merebak dengan pantas itu sebagai kecemasan kesihatan global, tahap amaran tertinggi.

Di Sepanyol, pihak berkuasa tidak segera mengeluarkan butiran mengenai orang yang mati akibat cacar monyet.

WHO setakat ini melaporkan hanya lima kematian cacar monyet yang disahkan, semuanya di Afrika.

Brazil, bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan Kanada, adalah antara negara yang paling terjejas oleh penyakit cacar monyet di benua Amerika, di mana lebih 5,000 kes telah dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO).

Negara Amerika Selatan itu melaporkan 1,066 kes yang disahkan dan 513 kes yang disyaki penyakit tersebut, sebahagian besar (744) di negeri Sao Paulo, kata Kementerian Kesihatan.

Lebih 98 peratus daripada kes yang disahkan di negara itu melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dengan purata umur 33 tahun, menurut data kementerian.

Menurut PAHO dalam taklimat media minggu ini hampir semua kes dilaporkan dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki berumur antara 25 dan 45 tahun, tetapi memberi amaran bahawa sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit itu tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.
Sumber : Reuters/SU/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa