Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit - Dr Mahathir

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dihulurkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia akan dikurangkan secara bertahap-tahap.

Anggaran Waktu Membaca:
BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 01:29PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 01:33PM

MALAYSIA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dihulurkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia akan dikurangkan secara bertahap-tahap. Demikian menurut Perdana Menteri Dr Mahathir dalam satu wawancara bersama Portal The Malaysian Insight (TMI).

Malaysiakini melaporkan bahawa menurut Dr Mahathir, keputusan tersebut diambil dengan niat untuk membantu rakyat Malaysia lebih berdikari dan tidak tergantung kepada pihak kerajaan untuk memberi bantuan kewangan.

Malah, beliau turut dilaporkan berkata bahawa pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini 'memanjakan rakyat' dengan memberikan mereka wang tanpa melakukan kerja.

Menurut Dr Mahathir lagi, sifat sedemikian bahkan boleh mengakibatkan negara muflis, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, BR1M akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Malaysia, yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalam pada itu, Dr Mahathir menjelaskan bahawa matlamat kerajaan baru kini adalah untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan menerusi pelaburan asing dan domestik, lapor Malaysiakini lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan