Skip to main content

Dunia

Bot terbalik di Pelabuhan Klang: Mayat pasangan suami isteri ditemui

Anggaran Waktu Membaca:
Bot terbalik di Pelabuhan Klang: Mayat pasangan suami isteri ditemui

Bot itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbalik kira-kira 0.3 batu nautika barat dari Tanjung Harapan di Selangor, Malaysia. (Gambar: TikTok/AsriPalong)

Diterbitkan : 08 Jun 2025 04:24PM Dikemas Kini : 08 Jun 2025 04:26PM
SHAH ALAM:Pasangan suami isteri yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di Shah Alam pada Jumaat lalu (6 Jun), ditemukan lemas pada jam 7.45 pagi Ahad (8 Jun).

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata mayat Gan Hon Tat, 32 tahun, dan Careen Man, 29 tahun, ditemukan di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan terapung oleh Kapal Maritim DANGA (KM DANGA) sebelum pihak bomba membantu membawa mayat ke Jeti Maritim Negeri Selangor.

"Mayat tiba di jeti pada 8.50 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di Shah Alam pada Ahad.

Pasangan suami isteri berasal dari Klang Utama itu antara enam individu terbabit dalam kejadian bot terbalik pada kira-kira 5.00 petang, Jumaat.

Insiden itu menyebabkan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala seorang remaja selamat.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita