Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bot terbalik di Kemboja, 23 warga China dilapor hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Bot terbalik di  Kemboja, 23 warga China dilapor hilang

(Gambar: TANG CHHIN Sothy/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 06:47PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 06:47PM
PHNOM PENH: Lebih 20 warga China dilaporkan hilang selepas sebuah bot terbalik di pesisir Kemboja, kata seorang pegawai pada Jumaat (23 Sep).

Bot yang membawa 41 warga China itu mengalami masalah di perairan Sihanoukville pada Khamis, menurut jurucakap wilayah Preah Sihanouk, Kheang Phearom kepada AFP. Hanya 18 penumpang berjaya diselamatkan.

Kampung nelayan Sihanoukville yang dahulunya sunyi, kini berubah dengan kemasukan pelaburan dari China sejak kebelakangan ini, dengan puluhan kasino dibina.

Namun, semakin banyak laporan mendakwa pekerja China diseludup masuk untuk bekerja secara haram di bandar itu.

Encik Khean Phearom berkata polis sedang menyoal siasat penumpang yang selamat sementara meneruskan operasi mencari mereka yang hilang.

"Kami sedang berusaha mencari 23 orang yang hilang", tambahnya.

Beliau juga berkata dua warga Kemboja ditahan untuk disoal siasat.

Pihak berkuasa Kemboja giat berusaha membanteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia menyusuli laporan meluas mengenai mangsa dari negara-negara Asia Tenggara lain, yang terpedaya untuk berhijrah demi peluang pekerjaan yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.

Terdapat beberapa laporan baru-baru ini yang mana pekerja China diperdaya untuk bekerja di kasino atau operasi penipuan online di Sihanoukville dan dihalang meninggalkan tempat itu.

Polis dan pegawai imigresen menyerbu sebuah kawasan di bandar tersebut pada awal bulan ini dan berjaya menahan lebih 140 warga asing yang bekerja secara haram di sana, 130 daripada mereka warga China.
 
Sumber : AFP/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa