Skip to main content

Dunia

Bot terbalik di Gavdos, Greece: 52 diselamatkan, sekurang-kurangnya 25 hilang

Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dijalankan pada Ahad malam (13 Sep) selepas sebuah bot migran yang membawa sekurang-kurangnya 77 orang terbalik dan karam kira-kira 38 batu nautika di selatan Gavdos, sebuah pulau Greece di selatan Crete, menurut penyiar nasional Greece ERT, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Bot terbalik di Gavdos, Greece: 52 diselamatkan, sekurang-kurangnya 25 hilang

Gavdos merupakan pulau berpenghuni paling selatan di Greece dan terletak di selatan Crete, di Laut Libya. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 14 Sep 2026 12:36PM
  • Bot migran yang membawa sekurang-kurangnya 77 orang terbalik dan karam di perairan selatan Gavdos, Greece pada malam Ahad.
  • Pihak berkuasa Greece, termasuk Pengawal Pantai, Frontex dan Tentera Udara, melancarkan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran.
  • Seramai 52 orang berjaya diselamatkan, seorang ditemukan tidak sedarkan diri, manakala sekurang-kurangnya 25 lagi masih hilang.
  • Insiden berlaku di laluan utama migran dari Afrika Utara ke Greece, dan operasi pencarian masih diteruskan.
Dijana oleh AI
ATHENS: Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dijalankan pada Ahad malam (13 Sep) selepas sebuah bot migran yang membawa sekurang-kurangnya 77 orang terbalik dan karam kira-kira 38 batu nautika di selatan Gavdos, sebuah pulau Greece di selatan Crete, menurut penyiar nasional Greece ERT, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa Greece memaklumkan 52 orang berjaya diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya 25 lagi masih hilang. Seorang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beberapa kapal milik Pengawal Pantai Greece dan Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex), selain sebuah helikopter Tentera Udara Greece serta pesawat Frontex, terbabit dalam operasi menyelamat tersebut.

Bot berkenaan dilaporkan terbalik sebelum karam.

Pihak berkuasa Greece belum mengeluarkan maklumat berhubung jenis bot tersebut atau kewarganegaraan mereka yang berada di dalamnya.

Gavdos ialah pulau berpenghuni paling selatan di Greece dan terletak di selatan Crete di Laut Libya.

Perairan di selatan pulau tersebut menjadi antara laluan utama bot migran yang menuju ke Greece dari Afrika Utara.

Operasi pencarian masih diteruskan pada Ahad malam.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita