Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bot plastik kitar semula pertama di dunia mulakan pelayaran

Flipflopi, bot yang diperbuat daripada plastik kitar semula pertama di dunia memulakan pelayarannya mengelilingi Tasik Victoria di barat Kenya pada Khamis (4 Mac) untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya bahan tidak terurai kepada alam sekitar.

Anggaran Waktu Membaca:
Bot plastik kitar semula pertama di dunia mulakan pelayaran

FlipFlopi, bot yang dibuat daripada bahan dikitar semula (Gambar: Laman The Flipflopi)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 12:31AM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 12:38AM

NAIROBI: Flipflopi, bot yang diperbuat daripada plastik kitar semula pertama di dunia memulakan pelayarannya mengelilingi Tasik Victoria di barat Kenya pada Khamis (4 Mac) untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya bahan tidak terurai kepada alam sekitar.

Dengan disokong kempen laut bersih Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), bot diperbuat daripada 100 peratus plastik kitar semula itu akan belayar menerusi ekspedisi ke tiga negara Afrika Timur, lapor Agensi Berita Xinhua.

Timbalan Pengarah Eksekutif UNEP Joyce Msuya berkata Flipflopi adalah contoh Afrika yang hebat dalam tindakan kitaran ekonomi.

"Pandemik COVID-19 telah mempercepat keperluan untuk menangani pelbagai krisis alam sekitar, yang hanya dapat dilakukan melalui kerjasama serantau dan global mengenai isu-isu utama seperti plastik sekali guna dan perubahan iklim," tambahnya.

Menurut pengasas bersama projek Flipflopi Aki Skanda, bot itu dibina untuk menunjukkan kepada dunia bahawa tidak mustahil menghasilkan benda berharga daripada sampah plastik.

"Dengan belayar mengelilingi tasik, kami mahu mencetuskan inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan inovasi sampah plastik mereka sendiri dan menerapkan penyelesaian kitaran yang akan membangun perniagaan lebih hijau, serta menyingkirkan plastik dari alam sekitar,” kata Encik Skanda.

Ujar beliau, bersama dengan komuniti di seluruh wilayah Lake Victoria, tujuan pelayaran adalah untuk memberi kesedaran dan penyelesaian inovatif bagi mengatasi pencemaran dan menyokong pemulihan hijau di Afrika Timur.

Dalam tempoh tiga minggu, Flipflopi akan belayar dari Kisumu ke beberapa lokasi di Uganda dan Tanzania, bertemu pemimpin masyarakat, ahli pemuliharaan, ahli perniagaan, dan pembuat dasar sambil meningkatkan kesedaran serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menggunakan penyelesaian kitaran bahan buangan untuk mengatasi pencemaran plastik.

Sumber : Bernama/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan