Skip to main content

Dunia

Bot persiaran Thailand karam di perairan Kota Tinggi, 5 kru diselamatkan

Anggaran Waktu Membaca:
Bot persiaran Thailand karam di perairan Kota Tinggi, 5 kru diselamatkan
Usaha pencarian oleh Maritim Malaysia yang digerakkan segera ke lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad. (Gambar hiasan: BERNAMA)
Diterbitkan : 07 Feb 2026 08:47PM Dikemas Kini : 07 Feb 2026 08:48PM

KOTA TINGGI: Lima kru bot persiaran Thailand ditemukan selamat selepas terapung hampir 17 jam setelah bot yang dinaiki karam di perairan Tanjung Sedili, Malaysia pada Khamis (5 Feb).

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 9.00 malam yang memaklumkan bot berkenaan mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan ketika dalam pelayaran ke Singapura.

Beliau berkata usaha pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dikerahkan segera ke lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad.

“Semua mangsa ditemukan nelayan tempatan dalam keadaan terapung, kira-kira 7.1 batu nautika timur Tanjung Siang pada pukul 8.30 pagi semalam dan mereka dibawa ke Terminal Feri Tanjung Pengelih sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Najib berkata semua mangsa terdiri daripada lelaki berusia 43 hingga 74 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan diserahkan kepada Kedutaan Thailand bagi tindakan lanjut.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita