Skip to main content

Dunia

Bot laju karam di Ko Samui selepas terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
Bot laju karam di Ko Samui selepas terbakar

(Gambar: Bangkok Post)

Diterbitkan : 05 Feb 2023 01:44PM

SURAT THANI: Sebuah bot laju yang berlabuh di jeti bot di pulau Ko Samui terbakar dan karam pada lewat Sabtu malam (4 Feb). 

Tiada sesiapa yang dilaporkan cedera, lapor Bangkok Post. 

Pusat Markas Penguatkuasaan Maritim Thailand (Thai-MECC) menyatakan insiden tersebut berlaku sekitar tengah malam berdekatan jeti bot Bang Rak di Tambon Bo Phut, daerah Ko Samui. 

Pasukan tindak balas kecemasan menemui bot laju berenjin kembar, Silver Star, dalam keadaan dijilat api. Bot itu, yang dikendalikan oleh syarikat bot persiaran Siam Experience, berlabuh kira-kira 50 meter dari pantai. 

Api kebakaran dipadamkan sejurus selepas itu tetapi bot yang rosak teruk itu tenggelam, menurut Bangkok Post. Mujur, api kebakaran tidak merebak ke beberapa bot lain yang berlabuh berhampiran. 

Tiada kecederaan dilaporkan. Kemusnahan bot itu sedang dinilai dan punca kebakaran dalam siasatan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita