Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bot karam di Pulau Pisang; 27 anak kapal warga Indonesia terselamat

Dua bot perdagangan barangan dan perkhidmatan karam manakala sebuah lagi hampir tenggelam berikutan cuaca buruk di perairan Pulau Pisang, dekat Pontian, pagi semalam (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bot karam di Pulau Pisang; 27 anak kapal warga Indonesia terselamat

Gambar ihsan: Maritim Malaysia melalui BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 10:11AM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 11:22AM

JOHOR BAHRU: Dua bot perdagangan barangan dan perkhidmatan karam manakala sebuah lagi hampir tenggelam berikutan cuaca buruk di perairan Pulau Pisang, dekat Pontian, pagi semalam (10 Nov).

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata bagaimanapun, 27 anak kapal warganegara Indonesia di ketiga-tiga bot berkenaan terselamat dalam kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya mengaktifkan operasi Carilamat pada 11.30 pagi selepas menerima panggilan kecemasan daripada ejen bot perdagangan barter terbabit, yang memaklumkan tiga bot syarikatnya iaitu KLM Budiman, KLM Alam Makmur dan KLM Firman Jaya mengalami kecemasan di laut.

"Pada 12.27 tengah hari, Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada pihak ejen kapal yang memaklumkan KLM Budiman telah dijumpai dan hampir tenggelam di kedudukan 8.1 batu nautika Tanjung Laboh oleh sebuah kapal kargo yang berada berhampiran namun 10 krunya terselamat. 

"Setengah jam selepas itu, MRSC Johor Bahru menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan mengenai penemuan tujuh kru KLM Alam Makmur oleh sebuah kapal pasir di kedudukan 7.4 batu nautika barat daya Pulau Pisang. Bot itu dilaporkan karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya dan disyaki akibat cuaca buruk," menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Encik Nurul Hizam berkata pada 3.45 petang pula, pihaknya menerima maklumat mengenai 10 anak kapal KLM Firman Jaya 3 yang sudah diselamatkan oleh sebuah bot perdagangan barter berhampiran dan dibawa ke Tanjung Balai, Indonesia.

"KLM Firman Jaya 3 juga telah karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya berikutan cuaca buruk,” katanya.

Beliau menambah operasi Carilamat kemudian ditamatkan pada 5.30 petang.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan