Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bot karam di perairan Syria, 73 pendatang Lubnan maut

Anggaran Waktu Membaca:
Bot karam di perairan Syria, 73 pendatang Lubnan maut

(Gambar: Syrian Red Crescent/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 10:26PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 10:26PM

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 73 pendatang mati lemas apabila bot yang mereka naiki dari Lubnan karam di perairan Syria, menurut Menteri Kesihatan Syria pada Jumaat (23 Sep). Kejadian itu merupakan tragedi kapal karam yang meragut paling banyak nyawa setakat ini.

Lubnan bergelut dengan krisis kewangan sejak 2019 yang dianggap Bank Dunia sebagai antara yang paling teruk dalam zaman moden ini, mendorong kepada peningkatan penduduknya yang cuba  meninggalkan negara tersebut. 

Sekitar 150 orang, kebanyakannya warga Lubnan dan Syria berada di dalam bot kecil yang karam pada Khamis (22 Sep) di Laut Mediterranean dekat bandar Tartus di Syria.

"Jumlah mangsa sudah mencecah 73 orang," kata Menteri Kesihatan Syria Hassan al-Ghabash dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa 20 orang berjaya diselamatkan dan sedang dirawat di hospital di Tartus.

"Kami sedang berdepan operasi menyelamat paling besar pernah dijalankan," kata Sleiman Khalil, seorang pegawai di Kementerian Pengangkutan Syria kepada AFP.

Usaha mencari dan menyelamat dihambat ombak besar.

Sumber : AFP/HY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa