Bos Telegram Durov didakwa, dilarang tinggalkan Perancis
Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov. (Gambar: AP)
PARIS: Perancis pada Rabu (28 Ogos) mendakwa pengasas wadah sembang Telegram, Pavel Durov atas beberapa kesalahan berkaitan dengan aplikasi itu.
Dia juga dibebaskan selepas ditahan selama empat hari, namun dilarang meninggalkan Perancis.
Durov, 39 tahun, didakwa atas beberapa tuduhan kerana gagal menyekat kandungan pelampau dan haram di aplikasi itu, menyusuli sesi dengan penyiasat majistret di Paris.
Durov sebelum ini diberkas di lapangan terbang Le Bourget di luar Paris pada lewat Sabtu lalu untuk disoal siasat.
Dia diberikan pembebasan bersyarat dengan ikat jamin sebanyak 5 juta euro (S$7.2 juta).
Durov dikehendaki melaporkan diri ke balai polis dua kali seminggu dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan Perancis.
Secara berasingan, Durov juga disiasat kerana disyaki melakukan perbuatan keganasan serius terhadap salah seorang anaknya semasa dia dan bekas pasangannya, iaitu ibu budak lelaki itu, berada di Paris, kata sumber.
Ibu budak lelaki itu juga memfailkan satu lagi aduan terhadap Durov di Switzerland tahun lalu.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.