Skip to main content

Dunia

Bomoh Rusia mahu singkir Putin, dihantar ke hospital sakit jiwa

Seorang bomoh dari Siberia ditahan polis dan dihantar ke hospital psikiatrik untuk menjalani pemeriksaan selepas berikrar untuk menyingkirkan Presiden Vladimir Putin dari Kremlin.

Anggaran Waktu Membaca:
Bomoh Rusia mahu singkir Putin, dihantar ke hospital sakit jiwa

Alexander Gabyshev. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 05:51PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 05:58PM

MOSCOW: Seorang bomoh dari Siberia ditahan polis dan dihantar ke hospital psikiatrik untuk menjalani pemeriksaan selepas berikrar untuk menyingkirkan Presiden Vladimir Putin dari Kremlin. Beliau dituduh sebagai seorang pelampau, dan boleh dijatuhi hukuman penjara, menurut sebuah kumpulan hak asasi pada Jumaat (20 Sep).

Alexander Gabyshev yang ditahan ketika sedang berjalan kaki menuju ke Moscow, menarik perhatian media apabila memulakan perjalanan lebih 8,000 kilometer Mac lalu.

Perjalanan itu adalah sebahagian daripada misi untuk menyingkirkan pemimpin Russia itu yang disifatkannya sebagai kuasa jahat atau syaitan.

Bagaimanapun, niatnya terhalang selepas berjalan hampir 3,000 kilometer apabila polis di Buryatia menahannya atas dakwaan jenayah yang tidak dinyatakan di wilayah Yakutia.

Kementerian Kesihatan Yakutia menyatakan bahawa, Gabyshev dibawa ke hospital sakit jiwa dan akan kesihatan mentalnya akan dinilai.

Di bawah undang-undang Rusia, individu yang didapati bersalah atas kesalahan secara terbuka sengaja menggalak pengganasan, boleh dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun.

Amnesty International mengutuk penahanan Gabyshev dan menyifatkan tindakan bomoh itu mungkin pelik, namun tindak balas pihak berkuasa Russia adalah melampau.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita