Bomoh dituduh jadikan budak 12 tahun hamba seks selama 15 tahun
Seorang wanita diperdayakan oleh bomoh yang mengaku dirinya dirasuk "jin" atau roh remaja lelaki, untuk melakukan hubungan seks bersamanya. Polis tempatan mendedahkan wanita berkenaan yang kini berusia 28 tahun hidup bersama bomoh tersebut selama 15 tahun.
Gambar fail AFP.
JAKARTA: Seorang wanita diperdayakan oleh bomoh yang mengaku dirinya dirasuk "jin" atau roh remaja lelaki, untuk melakukan hubungan seks bersamanya. Polis tempatan mendedahkan wanita berkenaan yang kini berusia 28 tahun hidup bersama bomoh tersebut selama 15 tahun.
Wanita terbabit diselamatkan pada Ahad (5 Ogos) di daerah Tolitoli di wilayah Sulawesi Tengah.
Polis menemuinya dalam sebuah hutan berdekatan kampung Bajugan selepas mendapat maklumat daripada saksi. Ternyata, sepanjang mangsa hilang pada 2003, beliau hidup bersama bomoh tersebut.
Pada waktu malam, polis menyatakan bahawa mangsa tinggal dalam sebuah pondok berdekatan rumah bomoh yang berusia 83 tahun.
Ketua Polis Tempatan Muhammad Iqbal Alqudusy mengatakan bahawa bomoh berkenaan menunjukkan gambar seorang lelaki bernama Amrin iaitu teman lelaki mangsa.
"Beliau diperdaya dan mempercayai bahawa roh Amrin menyerap ke dalam tubuh warga emas itu," kata Encik Iqbal dalam satu sidang media yang disiarkan secara online. "Jelas dia hanya ingin memuaskan nafsunya."
Kepercayaan terhadap tahyul tentang roh-roh dan kegiatan paranormal masih diamalkan sesetengah penduduk di Indonesia.
Encik Iqbal selanjutnya memberitahu Reuters bahawa wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan "Roh Amrin" sejak 2003 tetapi beliau sebenarnya diperdaya dan melakukan hubungan seks dengan bomoh tersebut.
Lelaki itu, tambahnya, mengaku melakukan hubungan seks dengannya sejak 2008.
Polis menyatakan bahawa ia menemui wanita berkenaan selepas saudara perempuannya memberitahu jiran-jiran bahawa mangsa berada di kawasan tersebut.
Menurut Jakarta Post, saudara perempuan mangsa berkahwin dengan anak bomoh tersebut, yang dikenali ramai atas keupayaannya merawat pesakit melalui kaedah tradisional.
Bomoh tersebut sebelumnya menjelaskan kepada ibu bapa mangsa bahawa anak mereka 'menghilang' untuk bekerja di ibu kota Indonesia, Jakarta.
Bomoh itu didakwa atas kesalahan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.