Skip to main content

Dunia

Bomoh dan teman lelaki dituduh cederakan wanita

Seorang bomoh dan teman lelakinya hari ini didakwa di Mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah seorang wanita dengan menggunakan buluh dan kayu di Machang pada 14 Dis lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bomoh dan teman lelaki dituduh cederakan wanita

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 10:31PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 10:33PM

KOTA BHARU: Seorang bomoh dan teman lelakinya hari ini (27 Dis) didakwa di Mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah seorang wanita dengan menggunakan buluh dan kayu di Machang pada 14 Dis lalu.

Tertuduh, Siti Nurul Iman Abdullah, 29 tahun, dan Mohd Haziq Ab Hamid @ Fauzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Normah Abdullah, 59, menggunakan sebatang buluh dan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tanpa nombor di daerah Machang kira-kira pukul 11.00 pagi pada 14 Dis lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala hanya Mohd Haziq diwakili peguam Ahmad Farhan Abdul Halim.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 masing-masing terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 27 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita