Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bomba tungkus lumus padam kebakaran di selatan California

Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di selatan California pada Sabtu (12 Okt) selepas kira-kira 100,000 penduduk diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba tungkus lumus padam kebakaran di selatan California

Anggot bomba memadam kebakaran hutan di Porter Ranch, California. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Oct 2019 02:38PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 04:17PM

LOS ANGELES: Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di selatan California pada Sabtu (12 Okt) selepas kira-kira 100,000 penduduk diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing.

Jabatan Kaji Cuaca Nasional menyatakan kawasan berkenaan berdepan bahaya terbaru menyusuli angin kencang dan suhu rendah, menyebabkan kebakaran boleh tercetus lebih serius pada bila-bila masa.

Kebakaran dikenali sebagai Saddleridge itu, yang merentasi kawasan Lembah San Fernando di Los Angeles, adalah paling dahsyat di selatan California setakat ini.

Pada Sabtu, ia sudahpun memusnahkan kawasan seluas 3,056 hektar di utara pusat bandar Los Angeles, menurut para pegawai bomba, dengan hanya 19 peratus api berjaya dikawal.

Sebilangan penduduk bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan ramalan suhu lebih rendah dan keadaan angin sepoi-sepoi.

“Kami bersedia menghadapi sebarang kejadian mengejut,” kata ketua bomba Los Angeles, Branden Silverman, kepada media tempatan pada Sabtu.

Menurut pegawai bomba, seorang lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bertungkus lumus menyelamatkan rumahnya daripada musnah dijilat api. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan