Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit di celah pagar
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya hari ini (3 Dis).
Kanak-kanak ini tersepit sehingga ibunya terpaksa meminta bantuan. (Gambar: BERNAMA)
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya hari ini (3 Dis).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak berkenaan pada 9.05 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
"Sebaik tiba di lokasi, seorang kanak-kanak perempuan didapati berada dalam keadaan tertiarap dengan lehernya tersepit pada pagar keselamatan kanak-kanak di dalam rumah itu.
“Anggota bomba kemudian menggunakan pemotong besi dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh lima minit," katanya.
Mujur mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.