Bomba Pahang catat 87 kes kebakaran terbuka dalam tempoh seminggu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang merekodkan 87 kes kebakaran terbuka dalam tempoh tujuh hari bermula dari 18 Mac.
Seorang pegawai bomba memadamkan kebakaran belukar di Malaysia. (Gambar: BERNAMA)
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata kemuncak kes berlaku pada 22 Mac dan 24 Mac, dengan 16 kes direkodkan dalam sehari.
Beliau berkata dari 18 hingga 20 Mac sebanyak 30 kes dicatat, dari 21 hingga 22 Mac (27 kes) dan dari 23 hingga 24 Mac (30 kes).
“Secara keseluruhan kita menerima 87 kes kebakaran terbuka dalam tempoh seminggu, iaitu secara purata 12 kes sehari,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Encik Mohd Salahuddin berkata kebanyakan kebakaran melibatkan kawasan belukar dan lalang termasuk di lokasi perumahan, lebuh raya, tanah perkuburan selain kawasan perindustrian dengan Kuantan mencatatkan lebih kekerapan kebakaran berbanding daerah lain.
Beliau berkata keanggotaan bagi menjalankan operasi masih mencukupi dengan bantuan akan digerakkan dari daerah lain sekiranya perlu.
Dalam pada itu, Encik Mohd Salahuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana cuaca panas ketika ini menyebabkan api mudah merebak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.