Skip to main content

Dunia

Bomba Malaysia selamatkan 2 warga SG sesat di Gunung Machinchang

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba Malaysia selamatkan 2 warga SG sesat di Gunung Machinchang

Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 4.36 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. (Gambar: Facebook/Bomba Padang Matsirat)

Diterbitkan : 30 Dec 2024 06:34PM Dikemas Kini : 30 Dec 2024 06:35PM
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan dua lelaki warga Singapura yang dipercayai tersesat ketika menjalankan aktiviti mendaki Gunung Machinchang di Langkawi pada Ahad (29 Dis).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat Pegawai Bomba Tinggi II Mohammad Zaidi Md Lazim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, bomba dimaklumkan terdapat dua mangsa lelaki berusia 23 dan 25 tahun tersesat… mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.

"Anggota bomba yang memulakan pencarian pada pukul 12.02 tengah malam berjaya menemukan kedua-dua mangsa pada pukul 2.48 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 4.36 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi yang disertai 12 pegawai dan anggota dari BBP Padang Matsirat dan BBP Langkawi itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.51 pagi," katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita