Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bomba M'sia siap siaga hadapi musim monsun bulan depan

Sejumlah 12,000 anggota bomba di seluruh Malaysia siap siaga bagi menghadapi musim monsun timur laut akan datang, dengan enam negeri dijangka mengalami banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid pada Ahad (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba M'sia siap siaga hadapi musim monsun bulan depan

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa mangsa banjir kilat ke tempat yang selamat berikutan hujan lebat sejak pagi Rabu (23 Okt 2019) di Kampung Maju Jaya Pontian. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 08:38AM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 08:41AM

LABUAN: Sejumlah 12,000 anggota bomba di seluruh Malaysia siap siaga bagi menghadapi musim monsun timur laut akan datang, dengan enam negeri dijangka mengalami banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid pada Ahad (10 Okt).

Beliau berkata jabatan itu sudah meningkatkan keupayaan logistik dan tenaga kerjanya untuk bertindak balas dengan berkesan serta membantu orang ramai sekiranya berlaku bencana.

“Kami telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi mengenai monsun akhir tahun (monsun timur laut) yang bermula bulan depan.

“Enam negeri termasuk Sabah diramal mengalami cuaca buruk dan kemungkinan bencana banjir. Kami sudah bersedia dan jika keadaan bertambah buruk, kami akan mendapatkan bantuan dari negeri berhampiran,” katanya kepada wartawan semasa penganugerahan pingat jabatan dan perkhidmatan cemerlang di Labuan.

Encik Mohammad Hamdan berkata enam negeri yang diberikan tumpuan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berkata sejak Januari lalu, jabatan itu sudah menerima 115,000 panggilan kecemasan dari seluruh negara.

“Secara purata, kami menjawab kira-kira 400 panggilan kecemasan setiap hari dan kami tidak pernah menyangka bahawa semasa pandemik COVID-19, kami akan menerima jumlah panggilan kecemasan yang begitu tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya.

Encik Mohammad Hamdan menambah kira-kira 1,300 anggota bomba di seluruh negara diuji positif COVID-19, kebanyakannya melibatkan jangkitan dalam masyarakat. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan