Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bomba M'sia dipanggil potong cincin pada kemaluan lelaki

Setelah mengharungi tahun 2020 yang penuh cabaran, kebanyakan orang pasti ingin memulakan 2021 dengan nada yang positif dan menggembirakan. Namun bagi seorang lelaki di Alor Setar, Malaysia, awal pagi 1 Januarinya disambut dengan rasa malu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba M'sia dipanggil potong cincin pada kemaluan lelaki

(Gambar: Facebook/Bomba Alor Setar)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 06:07PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 06:14PM

ALOR SETAR: Setelah mengharungi tahun 2020 yang penuh cabaran, kebanyakan orang pasti ingin memulakan 2021 dengan nada yang positif dan menggembirakan.

Namun bagi seorang lelaki di Alor Setar, Malaysia, awal pagi 1 Januarinya disambut dengan rasa malu setelah bantuan bomba diperlukan untuk menyelamatkannya daripada situasi yang pasti membuatnya tersipu-sipu.

Berita Harian Malaysia melaporkan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikerahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melakukan satu operasi khas - memotong cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.07 pagi. Pasukannya tiba di hospital tersebut dalam masa sekitar lima minit setelah menerima panggilan.

"Operasi dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat pemotong cincin untuk mengelak kecederaan pada serius pada kemaluan mangsa.

"Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin," katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Jumaat (1 Jan).

TPB Ahmad Naufal berkata, operasi tamat pada sekitar 5.50 pagi, iaitu hampir dua jam setelah panggilan diterima.

Beliau berkata ini adalah kes pertama membabitkan cincin tersangkut pada kemaluan pada awal tahun baru ini, lapor Berita Harian Malaysia.

"Operasi disertai empat anggota dari BBP Alor Setar dan sebuah jentera EMRS," katanya.

Pasukan Bomba Alor Setar turut menulis tentang kejadian tersebut di laman Facebook untuk memberi peringatan kepada orang ramai:

"Nahhhaiiiiii - Khidmat khas memotong cincin di kemaluan. Kes pertama Tahun 2021. Bantuan kepada pihak hospital...siap double ring dan berbatu permata lagi.... Abang-abang diluar sana....beringat naaaa. Malang tidak berbau "

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan