Skip to main content

Dunia

Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran hutan 40 hektar

Kawasan hutan seluas hampir 40 hektar berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, Pahang, dilaporkan terbakar sejak Khamis lalu (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran hutan 40 hektar

(Gambar hiasan: AFP/Abdul Qadir)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 04:08PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 04:13PM

KUANTAN: Kawasan hutan seluas hampir 40 hektar berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, Pahang, dilaporkan terbakar sejak Khamis lalu (18 Apr).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Syed A Jamaludin Syed Mohamed berkata kebakaran disedari pada Khamis, jam 4.00 petang, oleh pasukan yang membuat rondaan di kawasan sekitar. 

Beliau berkata setakat ini, hanya empat hektar kawasan terlibat dapat dipadamkan. 

"Punca kebakaran dipercayai bermula dari dalam hutan dan masih tidak diketahui kerana kita mempunyai kesukaran untuk masuk ke situ. 

"Buat masa ini, operasi memadam kebakaran dilakukan dari ladang kelapa yang terletak bersebelahan hutan," kata Encik Syed A Jamaludin.

Beliau menambah pihak bomba juga perlu melalui jalan ladang yang memakan masa hampir 40 minit untuk menghampiri sempadan hutan yang terbakar itu.

Selain tiada laluan masuk, bomba juga berhadapan dengan sumber air terhad serta pergerakan angin yang menyukarkan operasi memadam kebakaran. 

Operasi memadam kebakaran juga dibantu oleh kakitangan Jabatan Alam Sekitar dan 10 pekerja ladang kelapa terbabit, menurut Encik Jamaludin, yang menjangkakan api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh selewat-lewatnya seminggu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita