Skip to main content

Dunia

Bomba gerakkan pasukan siasat kebakaran berulang Wisma Jakel

Anggaran Waktu Membaca:
Bomba gerakkan pasukan siasat kebakaran berulang Wisma Jakel

(Gambar: Bomba Selangor, Bernama)

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat bomba sudah mengerakkan pasukan bagi menyiasat kebakaran berulang di tingkat 3 bangunan bersebelahan Jakel Shah Alam awal pagi Selasa (3 Jan).
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, siasatan akan melibatkan pelbagai aspek termasuk unsur khianat dan kecuaian.

“Pagi ini saya telah arahkan pegawai penyiasat saya bersama unit K9 untuk meyiasat semula tempat kejadian yang berlaku pada pagi tadi."

“Ketika kami sampai memang kita lihat api sudah marak di tingkat 3 tersebut, kita akan lihat dari pelbagai sudut yang melibatkan khianat dan lain-lain perkara yang bersangkutan, pagi ini saya juga telah arahkan pasukan menyiasat dan memastikan bahawa tidak ada lagi kesan-kesan kebakaran yang boleh menimbulkan kebakaran berulang,” katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, ketika ini sampel-sampel yang ada diambil dan dianalisa di makmal penyiasatan Bomba di Bukit Jelutong untuk mengenal pasti punca.

“Siasatan juga akan dibuat terhadap pekerja-pekerja Jakel kerana peringkat awal dimaklumkan ada pekerja berada di premis ketika kejadian, kita akan panggil untuk soal siasat."

“Siasatan akan mengambil masa untuk kita perinci, kerana kemusnahan yang berlaku dan dari segi kerugian juga agak tinggi jadi perkara ini perlu disiasat dengan teliti dan rapi,” katanya kepada Astro AWANI.

Katanya lagi, keputusan siasatan awal dijangka akan dapat diperoleh dalam masa dua minggu lagi.

“Pada peringkat awal akan mengambil masa dua minggu, sekiranya hasil siasatan menepati ciri-ciri kebakaran dan boleh menguatkan fakta berkaitan dengan punca, dan sekiranya perlu kita akan lanjutkan siasatan sehingga tiga minggu,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 dilaporkan terbakar lagi.

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu melibatkan satu bilik simpanan kain langsir.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita