Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom tangan 1kg ditemui antara biji-biji kentang di kilang Calbee

Sebutir bom tangan zaman perang ditemui dalam antara biji-biji kentang di sebuah kilang makanan di sebuah estet perindustrian di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
Bom tangan 1kg ditemui antara biji-biji kentang di kilang Calbee

Sebutir bom tangan 8 sentimeter dari zaman perang ditemui dalam kiriman kentang yang diimport dari Perancis.

Diterbitkan : 03 Feb 2019 08:09PM Dikemas Kini : 03 Feb 2019 08:21PM

HONG KONG: Sebutir bom tangan zaman perang ditemui dalam antara biji-biji kentang di sebuah kilang makanan di sebuah estet perindustrian di Hong Kong.

Polis dikerah ke Estet Perindustrian Tseung Kwan O untuk meletupkan bom tangan itu hari ini (3 Feb) selepas bom tangan tersebut ditemui di kilang syarikat Calbee Four Seas.

Menurut laporan South China Morning Post, bom tangan itu ditemui dalam kiriman kentang-kentang yang diimport dari Perancis.

South China Morning Post menukil para pegawai sebagai berkata bom tangan yang berukuran seluas 8 sentimeter itu ditemui pada sekitar 9.00 pagi oleh seorang kakitangan kilang syarikat Calbee.

Bom tangan itu dilaporkan seberat sekitar sekilogram.

Pasukan pemusnah bom hanya dapat meletupkan bom tangan itu tiga jam kemudian, pada sekitar 12.45 tengah hari kerana keadaan bom itu yang tidak stabil.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut South China Morning Post. 

Sumber : Agensi berita/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan