Bom Perang Dunia II seberat 500kg dimatikan selepas ditemui di Berlin
Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Sebuah bom seberat 500 kilogram (kg) dari zaman Perang Dunia II yang ditemukan di bahagian timur Berlin dimatikan pada petang Khamis (13 Jul).
Sebelum proses itu dijalankan, kira-kira 15,000 penduduk daripada 27 blok flat selain penghuni tiga taska, tiga sekolah, sebuah pusat persinggahan murid dan kedai dipindahkan.
Proses pemindahan itu membabitkan kira-kira 350 anggota polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Setelah bom itu dimatikan, polis mengumumkan di Twitter bahawa semua penutupan ditarik balik.
Pada Selasa, pekerja menemukan bom Perang Dunia II itu di sebuah gelanggang tenis.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.