Skip to main content

Dunia

Bom Perang Dunia II dijumpai di tapak binaan Pulau Pinang

Anggaran Waktu Membaca:
Bom Perang Dunia II dijumpai di tapak binaan Pulau Pinang

Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua disyaki masih aktif ditemukan di tapak binaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong. (Gambar: Polis Diraja Malaysia)

Diterbitkan : 20 May 2025 10:56AM
GEORGE TOWN: Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis 'unexploded ordnance' (UXO) dan disyaki masih aktif ditemukan di tapak binaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong pada Isnin (19 Mei) malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada pukul 9.42 malam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut. Hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.

“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Encik Abdul Rozak berkata pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian selamat dan bom tersebut akan dilupuskan hari ini.
Sumber : Bernama
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita