Skip to main content

Dunia

Bom kereta ragut 1 nyawa; 30 cedera di selatan Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila bom yang dipasang pada sebuah kereta meletup di pekarangan balai polis di selatan Thailand pada Selasa (22 Nov).

"Ia adalah bom kereta. Kami masih membersihkan kawasan tersebut dan bilangan yang cedera mungkin meningkat," kata Leftenan Kolonel Niti Suksan, Timbalan Pesuruhjaya Polis Narathiwat sambil mendedahkan seorang pegawai polis terbunuh.

Sekurang-kurangnya 29 orang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan, termasuk polis dan orang awam, kata Pornprasit Jantra, pengarah Hospital Narathiwat Rajanagarindra.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita