Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom dilempar di tempat tinggal PM Thailand

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Dua bahan letupan buatan sendiri dilempar berdekatan pintu masuk kediaman rasmi, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8.00 malam Ahad (10 Apr), lapor Astro AWANI. 

"Ketika ini, polis masih mencari pelaku kes tersebut.

"Perdana Menteri tidak memberi sebarang arahan tertentu berhubung perkara itu dan akan kekal tinggal dan bertugas dari kediaman itu sepanjang Songkran," katanya.

Kediaman tersebut terletak di Regimen Infantri Pertama di Vibhavi Rangsit Road, Bangkok, menurut Astro AWANI. 

Semalam juga merupakan sambutan ulangtahun ke-12 Tunjuk Perasaan 'Baju Merah' di mana peserta tunjuk perasaan bertindak membakar keranda yang diletakkan muka Prayuth.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan