Boleh daftar ganja sebagai ubat jika ada bukti selamat diguna, kata Menteri Kesihatan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Wholistic Medical Centre
SERDANG: Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan ganja jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata Pusat Penyelidikan Klinikal (ICR) di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif.
"Ia turut melibatkan pakar dalam perkhidmatan yang memberi rawatan untuk keadaan tertentu seperti epilepsi dan mereka sedang semak data dari negara luar dari segi keberkesanan dan keselamatan penggunaan ganja dalam kondisi (penyakit) tertentu.
"Sekiranya semakan pakar mendapati bahawa ada bukti kukuh ganja boleh digunakan dengan selamat dan berkesan, maka kita boleh buka untuk pendaftaran bagi indikasi (penggunaan untuk rawatan penyakit tertentu) itu," katanya pada sidang media selepas majlis serahan Pusat Jantung Hospital Serdang pada Isnin (17 Okt).
Encik Khairy berkata adalah penting untuk memastikan pakar tempatan berpuas hati bahawa ganja memang boleh digunakan untuk keadaan tertentu.
Sebelum ini, media Malaysia melaporkan kerajaan akan memutuskan pendirian berhubung penggunaan ganja dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Encik Khairy ketika diminta mengulas mengenai jaminan UMNO akan memberikan kawasan yang sesuai kepada beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau secara ringkas berkata: "Terima kasihlah (kepada UMNO)".
Semalam (16 Okt), Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata UMNO akan mencari tempat sesuai bagi penyandang kerusi Parlimen Rembau itu bertanding pada PRU15.
Encik Mohamad berkata Encik Khairy ialah pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara dan sudah tentu UMNO tidak mahu beliau 'hilang' begitu sahaja.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.