Boeing derma AS$500,000 bantu mangsa gempa Turki
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Boeing. (Gambar fail: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)
SAN FRANCISCO: Boeing pada Khamis (9 Feb) mengumumkan sumbangan sebanyak AS$500,000 (S$660,000) daripada Amanah Amal Boeing bagi membantu para mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Turki baru-baru ini.
Menurut syarikat itu, derma berkenaan akan disalurkan kepada Palang Merah Amerika melalui operasi pemulihan dan bantuan gempa bumi, lapor agensi berita Xinhua.
"Kemusnahan akibat gempa bumi ini sangat besar dan memerlukan tindak balas global.
"Takziah kami ucapkan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang," kata Presiden Boeing Antarabangsa Brendan Nelson.
Sebagai sebahagian daripada program Boeing Gift Match, syarikat itu juga akan menyalurkan derma daripada para pekerja Boeing kepada pertubuhan amal yang menyokong pemulihan dan projek bantuan gempa bumi di Turki.
Boeing sudah menyalurkan lebih AS$6 juta (S$7.9 juta) untuk tujuan amal sepanjang sedekad yang lalu.

Sumber : Bernama/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.