Skip to main content

Dunia

Boeing bayar AS$144,500 kepada setiap keluarga mangsa nahas 737 MAX

Dana bantuan kewangan Boeing Co bernilai AS$50 juta (S$68.9 juta) keseluruhannya, akan diagihkan kepada para ahli keluarga kepada 346 mangsa yang terkorban dalam dua nahas melibatkan pesawat 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing bayar AS$144,500 kepada setiap keluarga mangsa nahas 737 MAX

Gambar fail upacara memperingati mangsa nahas penerbangan ET302 Ethiopian Airlines melibatkan pesawat Boeing 737 MAX (Gambar: REUTERS/Tiksa Negeri)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 09:43AM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 09:50AM

WASHINGTON: Dana bantuan kewangan Boeing Co bernilai AS$50 juta (S$68.9 juta) keseluruhannya, akan diagihkan kepada para ahli keluarga kepada 346 mangsa yang terkorban dalam dua nahas melibatkan pesawat 737 MAX. Pentadbir dana tersebut pada Isnin (23 Sep) menyatakan, setiap keluarga akan menerima AS$144,500 (S$199,000).

Dana tersebut yang ditadbir peguam dari Washington Ken Feinberg dan Camille S Biros dan diumumkan pada Julai, akan menerima tuntutan dari ahli keluarga dengan serta merta.

Para ahli keluarga tidak diperlukan menggugurkan hak mengambil tindakan guaman sebagai syarat menerima dana. Pesawat 737 telah digantung di seluruh dunia sejak nahas pada Mac di Habsyah dan Indonesia yang menyebabkan korban nyawa.

"Kami terus menghulurkan rasa simpati yang mendalam kepada para ahli keluarga dan orang-orang tersayang kepada mereka yang berada dalam pesawat-pesawat itu," kata CEO Boeing Dennis Muilenburg dalam satu kenyataan. "Pembukaan dana ini adalah langkah penting dalam usaha kami membantu keluarga-keluarga yang terjejas."

Boeing juga pada Julai mengumumkan rancangan untuk membelanjakan tambahan AS$50 juta (S$68.9 juta) untuk menyokong pendidikan dan pemerkasaan ekonomi bagi masyarakat yang terjejas.

Tuntutan mesti dikirimkan selewat-lewatnya pada 30 November. Tuntutan yang layak akan dibayar dalam masa 10 hari selepas tuntutan itu disahkan layak dan semua dokumen diterima.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita