Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN tidak pernah bincang gabung dengan GPS & PN, kata Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
BN tidak pernah bincang gabung dengan GPS & PN, kata Ahmad Zahid

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 20 Nov 2022 09:30PM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 09:44PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dikeluarkan Ahmad Zahid selepas Premier Sarawak, Abang Johari Openg mengumumkan gabungan bersama Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah.
Dalam perkembangan terbaru itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah menandatangani aku janji dan memberi mandat kepada beliau untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan, lapor Berita Harian MY.

"Justeru, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (20 Nov).
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan