BN tidak bertanding pada PRK Batu Sapi, kesihatan rakyat diutamakan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media pada Khamis (8 Okt).
Beliau menjelaskan
keputusan itu dibuat bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik COVID-19 seperti yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
"Pada pandangan BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat harus menjadi keutamaan," katanya.
Dalam hal ini, Encik Ahmad Zahid berkata BN akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh kempen dan tarikh mengundi yang sesuai.
Baru-baru ini SPR mengumumkan bahawa pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kerusi yang kosong berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong akibat jangkitan kuman di paru-paru pada 2 Oktober.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.