Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN sepakat berkecuali, tidak sokong PH atau PN untuk bentuk kerajaan M'sia, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
BN sepakat berkecuali, tidak sokong PH atau PN untuk bentuk kerajaan M'sia, kata Ismail Sabri

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 02:21PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 02:39PM
KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Demikian menurut Perdana Menteri sementara Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di Twitter pada Selasa (22 Nov).

Menurutnya, mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan," katanya. Setakat ini, tambah beliau BN bersetuju kekal sebagai pembangkang. 

Berdasarkan keputusan BN hari ini, peluang Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semakin tipis berikutan PH memiliki 82 kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), memerlukan sokongan 30 Ahli Parlimen BN untuk memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112.

Situasi itu juga selepas mengambil kira kenyataan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin, semalam yang memaklumkan gabungan itu sudah mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri yang baru.

Malah, Encik Hamzah hari ini memaklumkan PN turut menerima satu lagi SD daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Encik Muhyiddin dan SD tambahan itu sudah diserahkan kepada Istana Negara pagi tadi.

Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan