Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN sasar kuasai 19 kerusi PRN Melaka

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Ab Rauf Yusoh berkata pada Khamis (11 Nov) partinya mahu rebut lagi 6 kerusi, selain pertahankan 13 yang dimenangi pada PRU14.

Anggaran Waktu Membaca:
BN sasar kuasai 19 kerusi PRN Melaka

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 06:15PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 06:25PM

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) menyasarkan menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh berkata jumlah berkenaan termasuk 13 kerusi yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita memenangi 21 kerusi pada PRU13 (yang) lepas. Faktor-faktor isu semasa, domestik dan isu peringkat persekutuan mempengaruhi masyarakat ketika itu dan beri kemenangan kepada pihak lawan. Tetapi walaupun dalam suasana tsunami kita masih bertahan dengan 13 kerusi yang kita menang pada PRU14.

Jadi kita akan bertahan dengan 13 kerusi ini sebaik mungkin dan menambah enam kerusi untuk menjamin kekuatan kita membentuk kerajaan negeri," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka kepada Bernama TV hari ini (11 Nov).

Pada PRU14, BN menang 13 daripada 28 kerusi DUN yang ditandinginya berbanding 21 kerusi pada PRU13 dan bagi PRN ini, UMNO bertanding 20 kerusi, MCA (tujuh) dan MIC (satu).

Sejumlah 28 kerusi dipertandingkan pada PRN kali ini dan 15 kerusi diperlukan untuk menubuhkan kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai tarikh hari mengundi.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan