Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN, PH Kedah umum manifesto, calon PRN pada Khamis

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto dan memperkenalkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pukul 9.00 malam, Khamis (27 Jul) ini di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Mahdzir Khalid berkata manifesto itu menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita bagi membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat Kedah.

Pada sidang media di Alor Setar pada Selasa (25 Jul), Encik Mahdzir yang juga Pengerusi BN Kedah berkata setiap perkara di dalam manifesto itu akan dilaksanakan sekiranya BN dan PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN, 12 Ogos depan.

Beliau berkata pihaknya bersetuju mengadakan jelajah kepimpinan sepanjang tempoh berkempen dan satu jawatankuasa melibatkan kedua-dua gabungan akan ditubuhkan bagi menyelaras siri jelajah tersebut.

“Jawatankuasa itu akan menyelaras kedatangan pemimpin-pemimpin pusat ke Kedah dan menentukan lokasi terbaik untuk mereka berkempen,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari penamaan calon pada Sabtu (29 Jul) ini.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan