Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN Perak minta SPR pantau bahan kempen PRU15 berisiko bahayakan penduduk

Barisan Nasional (BN) Perak meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau kewujudan poster dan papan iklan gergasi yang dilihat mengancam serta membahayakan keselamatan masyarakat di bandar raya Ipoh.

Anggaran Waktu Membaca:
IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau kewujudan poster dan papan iklan gergasi yang dilihat mengancam serta membahayakan keselamatan masyarakat di bandar raya Ipoh.

Setiausahanya, Aminuddin Md Hanafiah, berkata ada bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu dipasang menggunakan kayu dan besi bagi menguatkan strukturnya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. 

“Kita minta pemantau SPR lihat setiap binaan itu kerana ada kemungkinan kayu atau bahan lain akan jatuh di atas jalan raya. Sekarang musim hujan. Kita tidak dengki cuma khuatir ia tumbang dan berlaku kecelakaan,” kata calon BN bagi kerusi Parlimen Tambun itu selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Puteri UMNO Tambun di Ipoh pada Ahad (13 Nov).

Dilaporkan bahawa beberapa poster dan papan iklan gergasi dipasang di sekitar bandar raya itu khususnya di Meru Raya, Manjoi dan Pekan Tambun sejak proses penamaan calon pada 5 November lalu.

Encik Aminuddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun, berkata pihaknya tidak melihat pemasangan iklan gergasi itu sebagai satu keperluan sebaliknya akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam mendekati pengundi di Tambun.

Sementara itu, Pengarah SPR negeri Mohd Nazri Ismail berkata saiz iklan tersebut tidak menjadi isu asalkan ada nama penerbit dan tidak dipasang di lokasi yang membahayakan orang lain selain kandungan juga tidak boleh berbentuk provokasi atau fitnah kepada individu.

“Setiap hari pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya membuat kerja… yang salah akan diberikan notis dan jika tidak, akan diturunkan oleh wakil calon atau Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya,” katanya.

Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Encik Aminuddin, penyandangny, Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Abdul Rahim Tahir daripada Parti Pejuang Tanah Air.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan