BN, Pakatan intai undi penduduk Johor, tawar rumah mampu dimiliki
Kempen Pilihan Raya Umum Malaysia berjalan rancak di merata negara itu.
PASIR GUDANG, JOHOR: Kempen Pilihan Raya Umum Malaysia berjalan rancak di merata negara itu.
Salah satu isu utama yang dibentangkan kebanyakan parti politik adalah masalah perumahan.
Ia turut menjadi keprihatinan para penduduk Johor, kawasan yang dianggap sebagai salah satu tempat tinggal paling mahal di Malaysia.
Setakat ini, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang berjanji untuk menawarkan perumahan yang mampu dimiliki para penduduknya.
BN AKAN BINA LEBIH BANYAK RUMAH KOS RENDAH
Calon Barisan Nasional yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bekerja keras untuk meyakinkan para pengundi bahawa beliau adalah orang terbaik untuk terus menerajui negeri Johor.
Beliau melancarkan sebuah projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.
Ia merupakan projek yang dimulakan beliau sejak 15 tahun lalu sebagai Anggota Parlimen.
Beliau menambah projek itu membuktikan komitmen kerajaan untuk kebajikan rakyat.
"Perkara yang logik dan rasional yang berpijak atas bumi nyata, bukannya yang membuat janji yang akhirnya tidak boleh ditunaikan, hanya sedap untuk didengar dalam masa beberapa hari ini sahaja ataupun yang tidak pernah mengemukakan penyelesaian tetapi hanya mengemukakan masalah dan kritikan," kata beliau.
Menurut manifesto Barisan Nasional, ia akan membina 100,000 rumah kos rendah di Johor menjelang 2023.
PAKATAN HARAPAN TAWAR HURAIAN SAMA
Pakatan pembangkang Pakatan Harapan juga menawarkan huraian yang sama.
Ia mencerminkan kos rumah yang tinggi di Johor - satu tuntutan yang ditepis Encik Khaled Nordin.
Beliau berjanji untuk menampung harga rumah sebanyak AS$38,000 (S$50,000) untuk para penduduk Johor.
Datuk Seri Khaled Nordin menghadapi pertandingan empat penjuru dalam PRU14.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.