BN muktamadkan rundingan dengan PAS, akan tanding 21 kerusi PRN Melaka
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 September 2026. (Gambar: BERNAMA)
- After finalising negotiations, BN will contest 21 seats while PAS and its allies will contest seven in next month’s Melaka state election.
- BN chairman Dr Ahmad Zahid Hamidi said BN would use its own logo, while the decision on the logos for PAS and its allies was left to their leadership.
- BN is scheduled to announce its candidates on Saturday; the Election Commission has set nomination day for Oct 31, advance voting for Nov 10 and polling day for Nov 14.
- In the 2021 state election, BN won 21 of the 28 seats and formed the state government, while Pakatan Harapan won five seats and Perikatan Nasional two.
- Selepas rundingan dimuktamadkan, BN akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan sekutunya di tujuh kerusi dalam PRN Melaka bulan depan.
- Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN menggunakan logo sendiri, sementara keputusan logo PAS dan sekutunya diserahkan kepada kepimpinan mereka.
- BN dijadual mengumumkan calon pada Sabtu; SPR menetapkan penamaan calon pada 31 Oktober, undi awal pada 10 November dan pengundian pada 14 November.
- Pada PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi dan membentuk kerajaan negeri, sementara Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua.
ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan rakan sekutunya di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan selepas rundingan antara parti berkenaan dimuktamadkan.
Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan politik itu akan menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya berkenaan manakala keputusan mengenai penggunaan logo bagi PAS dan rakan sekutunya diserahkan kepada kepimpinan mereka.
"BN akan bertanding menggunakan logo BN. Mereka (PAS dan sekutunya) terserah kepada kepimpinan mereka untuk memutuskannya," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata BN akan mengumumkan calonnya bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November ini sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan undi awal pada 10 November.
PRN Melaka pada 2021 menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan
sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan meraih lima kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh dua kerusi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.